Program Terdekat
Kategori
Facebook Like
Featured post
Sukan Tahunan SKBM 2013
Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...
Tuesday, 25 December 2012
Assalammualaikum semua.
Hai..Masih dalam mood cuti? Cuti kita masih berbaki seminggu lagi sebelum persekolahan sesi 2013 bermula. Harapnya semua guru sudah mula membuat persediaan untuk buka sekolah ini. Di sini saya postkan takwim persekolahan sesi 2013 untuk memudahkan kita membuat persiapan untuk aktiviti-aktiviti tahun depan. :)

Wednesday, 3 October 2012
Friday, 21 September 2012
Program : Karnival Badan Beruniform SKBM 2012
Tarikh : 19 September 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pg - 1.00thari
Tarikh : 19 September 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pg - 1.00thari
Wednesday, 25 July 2012
13 Julai 2012 / 23 Syaaban 1433H - SKBM telah mengadakan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang. Antara objektif kempen ini ialah memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan murid, mencetuskan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan serta mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
Program ini disertai oleh semua warga SKBM dari peringkat pra sekolah hingga Tahun 6. Kempen ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Abu Bakar bin Ibrahim. Terdapat pelbagai program yang dilaksanakan pada hari ini seperti pertandingan mewarna, kibar jalur gemilang dan nyanyian lagu patriotik. Kemuncak program ini ialah Pertandingan Basikal Berhias yang disertai oleh lima orang peserta. Walaupun program ini disambut secara sederhana tetapi ianya penuh warna warni.
Hari kemerdekaan pada tahun ini ialah kali 55 dan bertemakan " 1 Merdeka Janji Ditepati ".
MERDEKA .......! MERDEKA .........! MERDEKA .......! 1 MALAYSIA......!

Thursday, 19 July 2012
17 Julai 2012, Selasa - SKBM telah mengadakan Kejohanan Sukan Padang & Balapan Kali Ke 25. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Mat Noor bin Nayan. Acara perasmian dimulai dengan perbarisan kontijen dari setiap rumah sukan iaitu hijau, biru, kuning dan merah. Acara perbarisan ini diwarnai lagi dengan perarakan maskot serta diiringi persembahan yang menarik dan kreatif oleh setiap kontinjen. Persembahan yang ditunjukkan oleh setiap kontinjen berjaya memukau para penonton yang hadir.
Acara perbarisan ini diteruskankan dengan ucapan tuan guru besar SKBM, En. Zamani bin Rahim dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Acara ini di akhiri dengan persembahan silat daripada Kelab Silat Gayung yang terdiri daripada murid-murid sekolah ini.
Setelah selesai majlis perasmian, kejohanan sukan diteruskan dengan pelbagai acara mengikut kategori. Pada waktu rehat 10.30 pagi,...
Saturday, 14 July 2012
Salam semua...Selasa lepas telah diadakan acara senamrobik 1 murid, 1 sukan...(masuk Malaysia Book of Records event ni.. ;) selain bersenamrobik, murid-murid dan para guru dan tetamu turut mendengar ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Pn. Aznita, Nutrition Officer. Murid-murid juga sangat teruja untuk menjawab kuiz kesihatan yang diajukan oleh Pn Aznita.. Kaum ibu pun turut hadir bersama-sama bersenamrobik dengan warga SKBM. Seronok dan rasa lebih sihat setelah bersenamrobik. ;)
It's been awhile i haven't update this blog. Now is July already.. >.<. It's ok lah. I'll update one of the activities that have been done in June in our school. The event was just like the post title, Sambutan Israk Mikraj. The activity for pre-school, year 1 and year 2 pupils was colouring the poster while for the year 3 pupils, they had to copy and write "jawi" sentences in their paper. Those who coloured and wrote nicely won the contest.
For level 2 (year 4, 5, 6) pupils, they had to draw a poster. Well, there were various kind of posters drawn by the pupils unfortunately I didn't have those pictures (my bad because I was the photographer in charged on that day >.<). Then after recess we were listening to a 'ceramah' by Imam Masjid Kerayong. Well, here are some pictures of Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah. :)
Thursday, 17 May 2012
SK Bukit Mendi, 16 Mei 2012 - Hari ini merupakan hari yang cukup
bermakna bagi semua guru di Malaysia termasuklah guru-guru di sini.
Acara sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah bermula seawal jam 7.30
pagi dengan guru-guru berarak ke tapak perhimpunan sambil
pengawas-pengawas menaburi bunga-bungaan di sepanjang jalan mengiringi
guru-guru yang disayangi. Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil
pelajar, wakil pihak pentadbir dan juga YDP PIBG, En. Mat Nor Nayan.
Nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema hari guru tahun ini telah
dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para guru. Bola sepak (Guru
Perempuan) , bola jaring (Guru Lelaki) dan sambut belon air adalah
antara acara yang diadakan. Jam 11 pagi murid-murid dan guru semua
berkumpul di dewan bagi mendengar ucapan khas oleh Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran melalui TV. Pelbagai persembahan
oleh murid-murid dan guru-guru seterusnya mengisi slot di dewan. Majlis
tamat pada jam 1.00t/hari.
Wednesday, 18 April 2012
SKBM, 16.4.2012 - SK (F) Bukit Mendi hari ini telah melancarkan Program Minum Susu 1Malaysia peringkat sekolah. Program yang dikendalikan oleh guru-guru serta seorang wakil dari syarikat yang membekalkan susu tersebut bermula jam 8.30.
Murid-murid diberikan sekotak susu setiap seorang kecuali murid-murid yang belum bersarapan dan juga yang tidak mendapat kebenaran ibubapa untuk menyertai program ini.
Semua murid dilihat menerima baik Program Susu 1Malaysia ini dan mereka begitu teruja menikmatinya. Selain rasa yang sedap, susu ini juga dapat membantu membekalkan khasiat harian yang diperlukan oleh murid-murid.
Program berakhir sejam kemudian dan kelas P&P berjalan seperti biasa.

Friday, 6 April 2012
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Guru & Staf
Login Admin
Popular Posts
-
Para guru Bahasa Inggeris yang telah menduduki ujian Cambridge Placement Test (CPT) boleh menyemak keputusan ujian anda mulai hari ini. Be...
-
UPDATE (13.01.2012) : Guru Kelas boleh mendaftarkan murid kelas masing-masing melalui menu 'Daftar Murid.' Sistem Makluma...
-
Kekosongan jawatan GPK 1 disini hari ini dengan rasminya telah diisi oleh Pn. Zamzura Bt Ismail. Beliau yang juga merupakan seorang guru y...
-
Tahniah Pasukan Pra Sekolah A & B dalam Karnival Pra Sekolah peringkat Zon Mendi yang telah berlangsung di SK Mengkuang pada 3.8.2017. ...
-
17 Julai 2012, Selasa - SKBM telah mengadakan Kejohanan Sukan Padang & Balapan Kali Ke 25. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan dira...