Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Tuesday 6 March 2012
Video Klip Hari Guru SKBM 2010
Makluman kepada semua pengunjung blog SKBM ini, satu laman yang dinamakan "Multimedia" telah diwujudkan. Laman ini menghimpunkan koleksi pelbagai bahan multimedia kreatif hasil nukilan guru-guru kita yang telah digunakan dalam majlis-majlis rasmi sekolah, P&P dan sebagainya. Semua fail disimpan di server Mediafire.com. Laman Multimedia ini boleh diakses di pautan sebelah kiri Menu > Muat Turun > Multimedia atau klik disini.

*Kepada mana-mana guru SKBM yang ingin menyumbangkan / berkongsi bahan multimedia mereka, sila hubungi Admin (Cikgu Mohd Azwandi). TQ.

Pertandingan Nasyid 2011

Pertandingan Tarian Tahun 6 2009

Sorotan SKBM Jan-Mac 2012
Perkhemahan Agung 2011

Kenangan UPSR 2011




Saturday 3 March 2012
Program Guru Penyayang Murid Cemerlang telah dilancarkan dengan jayanya oleh para guru SK Felda Bukit Mendi pada hari ini, Sabtu, 3 Mac 2012. Program ini bertujuan untuk menanam minat serta menggalakkan murid datang ke sekolah dengan rela hati serta mengelakkan ponteng. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan guru, murid dan penjaga.

Guru-guru telah hadir seawal 6.30 pagi dan berhimpun di pintu pagar sekolah untuk menyambut anak-anak murid yang hadir ke sekolah. YDP PIBG, En. Mohd B Nayan serta wakil Pegawai Pelajaran Daerah Bera, En. Sharudin B Kasiman turut hadir awal dan berdiri bersama para guru untuk menyambut murid-murid. Murid-murid disambut dengan penuh kasih dan ucapan semangat oleh para guru.

Tahniah diucapkan kepada warga SKBM yang telah menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama seperti ini akan berterusan untuk program-program akan datang.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts