Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Wednesday 24 February 2016
Buat makluman semua, blog SK LKTP Bukit Mendi ini telah diwujudkan sejak tahun 2011. Pelbagai info telah dapat disalurkan kepada semua berkaitan dengan setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan harapan agar kami, warga SK LKTP Bukit Mendi dapat mendekatkan diri lagi dengan semua pihak.

Adalah diharapkan setiap pengunjung blog ini agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi Buku Pelawat kami dengan memberikan sedikit komen atau cadangan yang dapat membantu menambah baik dan menghidupkan lagi blog ini.


Buku Pelawat di paparkan di bawah atau anda boleh klik pada link menu di sebelah.

Terima kasih.


Tuesday 23 February 2016
Pembelajaran abad ke-21 adalah merupakan pendekatan pembelajaran yang sekarang ini cuba diterapkan di semua sekolah. SK LKTP Bukit Mendi juga tidak ketinggalan dalam penerapan konsep pembelajaran ini.

Bagi mengukuhkan lagi pemahaman  dalam pelaksanaan konsep pembelajaran, jawatankuasa ladap sekolah telah menjemput pegawai SISC dari PPD Bera, En. Mazlan B Mamat untuk berkongsi idea serta pendapat.

Ladap yang bermula jam 2.30 petang berakhir jam 4.30 petang.
Majlis Penyerahan Bantuanb Awal Persekolahan 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SKBM. Majlis yang bertujuan untuk menyerahkan wang bantuan persekolahan anak-anak berjumlah RM100 kepada ibubapa murid yang layak.

Majlis telah disempurnakan oleh tuan pengurus FELDA Bukit Mendi, Tuan Haji Abdul Karim B Jamri bersama wakil dari pihak GPW FELDA Bukit Mendi.
Majlis yang bermula jam 11.30 pagi ditamatkan jam 1.00 thari.

 Link to Web Album : Klik Disini


Thursday 4 February 2016
4/2/2016 (Khamis) - SK LKTP Bukit Mendi (SKBM )hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas bagi semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas PPDA termasuk ketua kelas da penolong ketua kelas bagi sesi persekolahan 2016.

Majlis yang bermula jam 10.30 pagi itu berlangsung di Dewan Gemilang, SK LKTP Bukit Mendi dengan dimulakan dengan satu ceramah oleh pegawai polis dari IPD Bera. Pegawai berkenaan kemudian dijemput untuk menyampaikan watikah kepada para pengawas.

Ucapan terima kasih diatas kesudian pihak IPD Bera untuk hadir dan memberikan sedikit nasihat serta peringatan kepada murid-murid SKBM terutama dari segi disiplin. Majlis berakhir pada jam 12.00 thari.

 Link to Web Album : Klik Disini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts