Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
SK Bukit Mendi, 16 Mei 2012 - Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna bagi semua guru di Malaysia termasuklah guru-guru di sini. Acara sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan guru-guru berarak ke tapak perhimpunan sambil pengawas-pengawas menaburi bunga-bungaan di sepanjang jalan mengiringi guru-guru yang disayangi. Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil pelajar, wakil pihak pentadbir dan juga YDP PIBG, En. Mat Nor Nayan. Nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema hari guru tahun ini telah dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para guru. Bola sepak (Guru Perempuan) , bola jaring (Guru Lelaki) dan sambut belon air adalah antara acara yang diadakan. Jam 11 pagi murid-murid dan guru semua berkumpul di dewan bagi mendengar ucapan khas oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran melalui TV. Pelbagai persembahan oleh murid-murid dan guru-guru seterusnya mengisi slot di dewan. Majlis tamat pada jam 1.00t/hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts