Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Wednesday 18 April 2012
 SKBM, 16.4.2012 - SK (F) Bukit Mendi hari ini telah melancarkan Program Minum Susu 1Malaysia peringkat sekolah. Program yang dikendalikan oleh guru-guru serta seorang wakil dari syarikat yang membekalkan susu tersebut bermula jam 8.30.

Murid-murid diberikan sekotak susu setiap seorang kecuali murid-murid yang belum bersarapan dan juga yang tidak mendapat kebenaran ibubapa untuk menyertai program ini.

Semua murid dilihat menerima baik Program Susu 1Malaysia ini dan mereka begitu teruja menikmatinya. Selain rasa yang sedap, susu ini juga dapat membantu membekalkan khasiat harian yang diperlukan oleh murid-murid.

Program berakhir sejam kemudian dan kelas P&P berjalan seperti biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts