Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Tuesday 25 December 2012
Assalammualaikum semua.

Hai..Masih dalam mood cuti? Cuti kita masih berbaki seminggu lagi sebelum persekolahan sesi 2013 bermula. Harapnya semua guru sudah mula membuat persediaan untuk buka sekolah ini. Di sini saya postkan takwim persekolahan sesi 2013 untuk memudahkan kita membuat persiapan untuk aktiviti-aktiviti tahun depan. :)


Wednesday 25 July 2012
13 Julai 2012 / 23 Syaaban 1433H - SKBM telah mengadakan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang. Antara objektif kempen ini ialah memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan murid, mencetuskan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan serta mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
     Program ini disertai oleh semua warga SKBM dari peringkat pra sekolah hingga Tahun 6. Kempen ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Abu Bakar bin Ibrahim. Terdapat pelbagai program yang dilaksanakan pada hari ini seperti pertandingan mewarna, kibar jalur gemilang dan nyanyian lagu patriotik. Kemuncak program ini ialah Pertandingan Basikal Berhias yang disertai oleh lima orang peserta. Walaupun program ini disambut secara sederhana tetapi ianya penuh warna warni.
     Hari kemerdekaan pada tahun ini ialah kali 55 dan bertemakan " 1 Merdeka Janji Ditepati ".
 MERDEKA .......! MERDEKA .........! MERDEKA .......! 1 MALAYSIA......!

Thursday 19 July 2012


17 Julai 2012, Selasa - SKBM telah mengadakan Kejohanan Sukan Padang & Balapan Kali Ke 25. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Mat Noor bin Nayan. Acara perasmian dimulai dengan perbarisan kontijen dari setiap rumah sukan iaitu hijau, biru, kuning dan merah. Acara perbarisan ini diwarnai lagi dengan perarakan maskot serta diiringi persembahan yang menarik dan kreatif oleh  setiap kontinjen. Persembahan yang ditunjukkan oleh setiap kontinjen berjaya memukau para penonton yang hadir.
     Acara perbarisan ini diteruskankan dengan ucapan tuan guru besar SKBM, En. Zamani bin Rahim dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Acara ini di akhiri dengan persembahan silat daripada Kelab Silat Gayung yang terdiri daripada murid-murid sekolah ini.
     Setelah selesai majlis perasmian, kejohanan sukan diteruskan dengan pelbagai acara mengikut kategori. Pada waktu rehat 10.30 pagi,...
Saturday 14 July 2012
Salam semua...Selasa lepas telah diadakan acara senamrobik 1 murid, 1 sukan...(masuk Malaysia Book of Records event ni.. ;) selain bersenamrobik, murid-murid dan para guru dan tetamu turut mendengar ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Pn. Aznita, Nutrition Officer. Murid-murid juga sangat teruja untuk menjawab kuiz kesihatan yang diajukan oleh Pn Aznita.. Kaum ibu pun turut hadir bersama-sama bersenamrobik dengan warga SKBM. Seronok dan rasa lebih sihat setelah bersenamrobik. ;)



















It's been awhile i haven't update this blog. Now is July already.. >.<. It's ok lah. I'll update one of the activities that have been done in June in our school. The event was just like the post title, Sambutan Israk Mikraj. The activity for pre-school, year 1 and year 2 pupils was colouring the poster while for the year 3 pupils, they had to copy and write "jawi" sentences in their paper. Those who coloured and wrote nicely won the contest.

For level 2 (year 4, 5, 6) pupils, they had to draw a poster. Well, there were various kind of posters drawn by the pupils unfortunately I didn't have those pictures (my bad because I was the photographer in charged on that day >.<). Then after recess we were listening to a 'ceramah' by Imam Masjid Kerayong. Well, here are some pictures of Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah. :)














SK Bukit Mendi, 16 Mei 2012 - Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna bagi semua guru di Malaysia termasuklah guru-guru di sini. Acara sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan guru-guru berarak ke tapak perhimpunan sambil pengawas-pengawas menaburi bunga-bungaan di sepanjang jalan mengiringi guru-guru yang disayangi. Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil pelajar, wakil pihak pentadbir dan juga YDP PIBG, En. Mat Nor Nayan. Nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema hari guru tahun ini telah dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para guru. Bola sepak (Guru Perempuan) , bola jaring (Guru Lelaki) dan sambut belon air adalah antara acara yang diadakan. Jam 11 pagi murid-murid dan guru semua berkumpul di dewan bagi mendengar ucapan khas oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran melalui TV. Pelbagai persembahan oleh murid-murid dan guru-guru seterusnya mengisi slot di dewan. Majlis tamat pada jam 1.00t/hari.

Wednesday 18 April 2012
 SKBM, 16.4.2012 - SK (F) Bukit Mendi hari ini telah melancarkan Program Minum Susu 1Malaysia peringkat sekolah. Program yang dikendalikan oleh guru-guru serta seorang wakil dari syarikat yang membekalkan susu tersebut bermula jam 8.30.

Murid-murid diberikan sekotak susu setiap seorang kecuali murid-murid yang belum bersarapan dan juga yang tidak mendapat kebenaran ibubapa untuk menyertai program ini.

Semua murid dilihat menerima baik Program Susu 1Malaysia ini dan mereka begitu teruja menikmatinya. Selain rasa yang sedap, susu ini juga dapat membantu membekalkan khasiat harian yang diperlukan oleh murid-murid.

Program berakhir sejam kemudian dan kelas P&P berjalan seperti biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts