Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Wednesday 25 January 2012
SK Bukit Mendi, 20/01/2012 - Kejohanan Merentas Desa SKBM 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Acara yang bermula seawal jam 7.30pagi telah disertai oleh murid-murid tahun 3-6. Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan diketuai oleh cikgu Wan Samimi dengan disertai oleh rakan-rakan guru yang lain termasuk TELL Mentor kita, Ms. Megan Halladay. Pengerusi PIBG SKBM telah diamanahkan untuk menjadi pelepas kepada semua peserta. Murid-murid mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk menamatkan larian sejauh 3.8 KM sekitar FELDA Bukit Mendi.

Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Rumah Kuning
Tempat Kedua : Rumah Hijau
Tempat Ketiga : Rumah Merah
Tempat Keempat : Rumah Biru
*Berdasarkan kutipan mata keseluruhan bagi semua kategori.

Gambar-gambar sekitar kejohanan : (sila lawati laman album facebook berikut)

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.362546703759998&type=1


Wednesday 18 January 2012
The wall outside the classroom
Salam semua.. Last Friday (13.01.2012) all the level 1 EL teachers had to go to SK RENTAM, BERA for a meeting with JPN. The meeting was about the native speaker programme and how compulsory we were to attend the TPD session and take part in other TELL programs in school. At the end of the meeting, we visited a classroom which was for the KSSR usage. The classroom...
Thursday 12 January 2012
UPDATE (13.01.2012) : Guru Kelas boleh mendaftarkan murid kelas masing-masing melalui menu 'Daftar Murid.'

Sistem Maklumat Murid (SMM) versi 4 boleh diakses secara intranet. Sila klik pada pautan di Intranet System di sebelah kanan blog ini.
Gunakan id pengguna dan katalaluan berikut buat sementara waktu:



*Sistem ini masih dalam proses kemaskini. Data mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.
Friday 6 January 2012


Jadual Waktu Online

UPDATE : Jadual telah dikemaskini! Sila semak jadual anda.

Makluman kepada semua guru, anda boleh dapatkan salinan jadual waktu rasmi masing-masing secara online di blog rasmi sekolah http://www.skfbm-bera.blogspot.com dan klik di pautan Jadual Waktu Online pada Intranet System di sebelah kanan blog ini.

Akses kepada jadual waktu ini sama ada di blog atau secara terus hanya boleh dilakukan dalam Local Area Network (LAN) SKBM sahaja buat masa sekarang. Akses melalui internet akan dibuat oleh Unit ICT sekolah jika terdapat keperluan/permintaan sahaja.



Jadual Waktu di Telefon Bimbit



Jadual Waktu di Telefon Bimbit

Aplikasi ini membolehkan anda menyemak jadual anda secara terus di telefon bimbit.

Untuk mendapatkan aplikasi ini, sila berjumpa Cikgu Azwandi atau Cikgu Azizi untuk proses install. Hanya telefon bimbit tertentu (yang menyokong JAVA) sahaja boleh menggunakan aplikasi ini.

~HARAP MAKLUM~







Unit ICT SKBM 2012
Wednesday 4 January 2012





Cikgu Zurina menguruskan yuran 6E
SK (F) Bukit Mendi hari (3.1.2012) ini mengadakan proses pendaftaran/bayaran yuran persekolah 2012 serta program orientasi murid-murid Tahun 1. Proses pendaftaran dan bayaran yuran bermula seawal 8.00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SKBM mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa yang ingin menyelesaikan urusan pembayaran yuran anak masing-masing dengan segera.
Para guru setia menanti ibubapa di kaunter.

Walaupun terpaksa beratur panjang untuk urusan pembayaran yuran PIBG, ibu bapa tetap sabar menunggu. Pihak SKBM...
Monday 2 January 2012
Pada 02.01.2012 jam 9.00 pagi Mesyuarat Kurikulum & Ko-Kurikulum Kali Ke-2 (2012) telah berjaya diadakan di Bilik Akses, SKBM. Mesyuarat yang dihadiri seramai 36 orang guru/kakitangan sekolah dan dipegerusikan oleh guru besar, En. Zamani b Rahim  telah membincang pelbagai perancangan sekolah yang akan dilaksanakan pada tahun 2012 khususnya dari segi kurikulum dan ko-kurikulum. Antara yang telah dibincang dan ditetapkan adalah berkenaan :


i ) Jadual waktu guru-guru.
ii) AJK unit-unit tertentu dalam kurikulum & ko-kurikulum.
iii) Penetapan guru-guru rumah sukan.
iv) Peraturan-peraturan sekolah.
v ) Tugas-tugas khas guru.
vi) Laporan pencapai UPSR 2011.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Guru-guru disajikan makanan tengah/hari di kantin sekolah. Bersurai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts