Program Terdekat
Kategori
Facebook Like
Featured post
Sukan Tahunan SKBM 2013
Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Thursday, 19 July 2012

Acara perbarisan ini diteruskankan dengan ucapan tuan guru besar SKBM, En. Zamani bin Rahim dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Acara ini di akhiri dengan persembahan silat daripada Kelab Silat Gayung yang terdiri daripada murid-murid sekolah ini.

penonton dihidangkan dengan persembahan pompom dari kumpulan pesorak SKBM yang dipimpim oleh Pn. Nik Rafidah dan Pn. Izzul Khadijah. Persembahan murid-murid ini sungguh menarik dan lincah sekali. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 2 dan 4.

Kejohanan sukan pada tahun ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari... Alhamdulillah.... Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat menjayakan kejohanan sukan pada kali ini. Penat lelah dan kerjasama yang diberikan oleh kalian membangkitkan semangat saya sebagai GPK Kokurikulum di sekolah ini. Tanpa komitmen kalian, siapalah saya untuk menjayakan sukan yang besar ini. Terima kasih juga kepada semua kakitangan, warga sekolah, AJK PIBG, JKKK, Koperasi Bukit Mendi Bhd, JPAM, pihak swasta dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak di atas sumbangan khidmat tenaga dan material. Apa-apa pun semangat perpaduan berjaya diwujudkan melalui sukan sebagaimana motto SUKMA pada tahun ini `Sukan Menjana Perpaduan'. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Guru & Staf
Login Admin
Popular Posts
-
Para guru Bahasa Inggeris yang telah menduduki ujian Cambridge Placement Test (CPT) boleh menyemak keputusan ujian anda mulai hari ini. Be...
-
UPDATE (13.01.2012) : Guru Kelas boleh mendaftarkan murid kelas masing-masing melalui menu 'Daftar Murid.' Sistem Makluma...
-
Kekosongan jawatan GPK 1 disini hari ini dengan rasminya telah diisi oleh Pn. Zamzura Bt Ismail. Beliau yang juga merupakan seorang guru y...
-
Tahniah Pasukan Pra Sekolah A & B dalam Karnival Pra Sekolah peringkat Zon Mendi yang telah berlangsung di SK Mengkuang pada 3.8.2017. ...
-
Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...
0 comments:
Post a Comment