Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Friday 29 August 2014
Majlis solat hajat serta bacaan yasin sempena UPSR 2014 yang akan dihadapi oleh murid-murid SKBM minggu hadapan telah diadakan dengan jayanya pada 28.8.2014. Majlis yang bermula sebaik azan Maghrib telah diisi dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah selain bacaan yasin serta solat hajat. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.

Tuesday 19 August 2014
Para guru Bahasa Inggeris yang telah menduduki ujian Cambridge Placement Test (CPT) boleh menyemak keputusan ujian anda mulai hari ini.

Berdasarkan pekeliling KPP(PP)0053/17(23) bertarikh 5 Ogos 2014, guru yang berjaya mendapat keputusan yang baik akan diberikan insentif bayaran secara one-off bermula 1 Januari 2014. Bagi guru yang mendapat keputusan C1 akan dberikan insentif sebanyak RM3000 manakala yang mendapat C2 akan menerima RM5000.

Peluang diberikan kepada guru-guru yang tidak berjaya untuk mengambil semula ujian CPT sehingga mendapat keputusan terbaik C2 bagi melayakkan diri menerima insentif tersebut.

Semakan keputusan boleh dibuat di pautan berikut :

http://apps.moe.gov.my/abpg/CPT/

Muat turun : Pekeliling | Surat Siaran


Friday 8 August 2014
SK FELDA Bukit Mendi telah mengadakan Program Perjumpaan Ibu Bapa dan Murid Tahun 6 2014 pada hari Jumaat, 8 Ogos 2014 bertempat di Dewan Gemilang Sk FELDA Bukitb Mendi. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak ibubapa yang mana kehadiran mereka melebihi 80%. 
 
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibubapa murid dengan guru dan pada masa yang sama mengetahui dengan lebih lanjut tahap pencapaian serta kesediaan anak masing-masing untuk menghadapi UPSR pada bulan hadapan.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah iaitu En. Mat Nor b Nayan ini diisi dengan ucapan dari guru besar En. Zamani b Rahim, pelaporan pencapaian akademik murid oleh GPK 1 En. Abu Bakar Ibrahim serta sesi 'face to face' antara ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar setiap matapelajaran.

Majlis bersurai pada jam 11 pagi.

Tuesday 5 August 2014
Kursus LADAP telah dijalankan di Bilik Akses, SKBM pada 5.8.2014. Kursus ini telah dikelolakan oleh Unit Ladap dan penceramahnya adalah Puan Nik Rafidah.
Kursus ini adalah rentetan daripada kursus Ladap berkaitan dengan transformasi pendidikan oleh Tuan Guru Besar.
Kandungan kursus ini menjurus kepada peranan pentadbir, guru dan murid dalam melaksanakan program ithink.Selain itu penceramah juga memberikan contoh hasil kerja murid menggunakan iThink. Juga disampaikan pesanan Tuan PpD.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts