Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Tuesday 28 February 2012
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw sekolah yang menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah baru-baru ini. Tahniah kepada Cikgu Azhar Nazri dan Cikgu Che Kassim di atas kesungguhan melatih pemain-pemain kita yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri nanti.

Tidak ketinggalan ucapan tahniah kepada pasukan Bola Sepak sekolah yang telah dinobatkan sebagai juara peringkat Zon Mendi kelmarin. Ucapan tahniah dan syabas tahniah kepada En.Faisal, En.Ahmad Rasyidi, En Mohd. Kamal serta En.Azizi di atas tunjuk ajar yang diberikan kepada pemain-pemain kita sehingga berjaya menundukan pasukan-pasukan gergasi lain.Insya'Allah tahun 2012 akan membawa lebih banyak kejayaan kepada SK(F) Bukit Mendi.


Saturday 25 February 2012
Pesanan daripada SU LADAP, Pn. Nik Rafidah Bt Nik Yusoff.
Kepada semua guru-guru SK Felda Bukit Mendi,
Sila ke laman web SPLG untuk mengemaskini kursus luar masing-masing. Klik modul individu, masukkan no kad pengenalan (IC) kemudian isikan maklumat Kursus Luar (KKL) yang dihadiri pada tahun 2012 ini. Kursus dihadiri akan disahkan oleh GB, PPD dan terus ke BPG. Kad biru juga perlu diisi utk rekod SU Ladap. Terima kasih.
Klik di sini untuk ke SPLG: http://apps.moe.gov.my/splg/
Thursday 23 February 2012
Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah berlangsung pada 11 Februari 2012, Sabtu bertempat di Dewan Gemilang, SK Felda Bukit Mendi, Bera. Seramai 176 ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat tersebut. Terdapat juga acara cabutan bertuah untuk para tetamu yang hadir.

Mesyurat telah dirasmikan oleh Datuk Azizan B Che Omar, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato' Sri Ismail Sabri B Yaakob. Beliau mengumumkan berita gembira untuk calon UPSR tahun ini yang mendapat keputusan 5A akan dihadiahkan wang tunai sebanyak RM500 setiap orang. Ini merupakan satu motivasi yang sangat baik untuk menaikkan semangat juang murid-murid tahun 6 SKBM untuk belajar dengan lebih gigih.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi & AJK PIBG 2012/2013 yang dikekalkan dan yang baru dilantik. Semoga PIBG tahun ini berkhidmat dengan lebih cemerlang dan gemilang.
Friday 17 February 2012
16 Feb 2012- Bertempat di Dewan Gemilang, perjumpaan kali pertama ibu bapa/ penjaga murid-murid UPSR 2012 telah berjaya diadakan. Kehadiran ibu bapa/ penjaga adalah amat memuaskan. Kehadiran ramai golongan bapa amat mengujakan sehingga mendapat pujian daripada YDP PIBG En. Mohd Nor B. Nayan.

        Pihak sekolah telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun khusus untuk meningkatkan perstasi murid-murid tahun 6. Disamping itu sasaran/ target UPSR 2012 telah dikupas dan dibincangkan secara mendalam. Para ibu bapa juga tidak ketinggalan mengutarakan cadangan bernas mereka untuk memantapkan lagi prestasi anak-anak mereka. Secara keseluruhannya perjumpaan kelmarin sangat interactive dan responsive daripada kedua-dua belah pihak. Semoga kejayaan menjadi milik kita pada tahun ini, InsyaAllah. Syabas kepada pihak pentadbiran, guru-guru dan semua ibu bapa/penjaga yang telah menjayakan perjumpaan tersebut.







Saturday 11 February 2012
SK Bukit Mendi, 10 Feb 2012 - SK F Bukit Mendi telah berjaya mengadakan satu masjils Sambutan Maulidurasul peringkat sekolah. Perarakan yang bermula 7.30 pagi disertai oleh semua murid SKBM termasuk murid Pra-Sekolah dan Pendidikan Khas. Perarakan di sekitar Felda Bukit Mendi mengambil masa lebih kurang 30 minit. Aturcara lain seperti Berselawat beramai-ramai dan ceramah berkaitan Maulidurasul juga diadakan. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan majlis ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts