Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Wednesday 25 January 2017
Hari ini diadakan majlis penerahan bantuan wang dari Yayasan Pahang 2017. Wang bantuan diberikan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan.

Pemilihan mereka dibuat berdasarkan pendapatan perkapita ibubapa murid-murid.

Diharapkan bantuan ini akan dapat meringkan beban kewangan mereka terutama dari segi belanja persekolahan. Semoga murid-murid ini akan lebih bersemangat untuk meneruskan persekolahan.



Pihak sekolah telah memasang satu papan elektronik baharu. Papan elektronik yang dipasang pada pertengahan tahun lepas adalah bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat penting seperti perubahan jadual, program-program semasa, cuti-cuti dan sebagainya kepada pihak luar terutama ibubapa murid-murid.

Papan elektronik ini sengaja dipasang menghadap tempat ibubapa menunggu anak masing-masing dengan tujuan menarik perhatian mereka meluangkan beberapa minit masa melihat info-info yang dipaparkan.

Pihak sekolah amat berharap agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan kita bersama.

Friday 20 January 2017
Kekosongan jawatan GPK 1 disini hari ini dengan rasminya telah diisi oleh Pn. Zamzura Bt Ismail. Beliau yang juga merupakan seorang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini, adalah seorang yang amat berpengalaman. Oleh yang demikian perlantikan beliau ini kena pada masa & tempatnya. Diharapkan dengan gandingan usaha beliau bersama warga SKBM yang lain akan dapat membantu meningkatkan prestasi SKBM dalam segala aspek. Tahniah & selamat bertugas diucapkan kepada Pn. Zamzura.
Hari ini telah diadakan sesi perjumpaan guru-guru serta pentadbir berssama ibubapa murid tahun 6 2017. Perjumpaan ini bertujuan bagi memberikan penerangan program-program untuk kecemerlangan UPSR tahun ini yang telah dirancang. Selain itu juga para ibubapa juga berpeluang untuk mengenali setiap guru yang mengajar dan mengetahui status pembelajaran anak-anak mereka.

Satu sesi ceramah motivasi juga diadakan untuk para ibubapa serta murid-murid yang disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari PPD.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts