Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Friday 16 January 2015

SK LKTP Bukit Mendi hari ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Solat Dhuha bertempat di Dewan Gemilang SKBM.

Majlis yang melibatkan murid-murid dan guru-guru tahun 6 ini juga disertai oleh para ibubapa, YDP PIBG, Pengurus FELDA Bukit Mendi dan Guru Besar SKBM.

Imam muda masjid FELDA Bukit Mendi telah mengimamkan solat hajat dan dhuha serta mengetuai bacaan yasin beramai-ramai. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibubapa yang terlibat dengan UPSR tahun ini. Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen penting dalam sesuatu kejayaan sekolah terutama UPSR. Justeru majlis ini merupakan langkah pertama pihak sekolah dalam memupuk kerjasama tersebut.

Semoga majlis ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi ini berakhir jam 10.00 pagi.

Tuesday 13 January 2015
SK LKTP Bukit Mendi hari ini telah mengadakan majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M) kepada ibubapa penjaga murid-murid.
Majlis penyampaian disempurnakan oleh pengerusi JKKK FELDA Bukit  Mendi dengan diiringi oleh guru besar, pengurus FELDA Bukit Mendi serta YDP PIBG SK LKTP Bukit Mendi.
Sumbangan bantuan RM100 yang diterima bagi setiap murid ini diharapkan akan sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan persekolahan mereka.
Majlis yang bermula jam 12.00 tengahhari ini telah tamat pada pukul 1.30 petang.
Saturday 10 January 2015
Mesyuarat guru kali pertama bagi tahun 2015 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Akses SKBM. Mesyuarat yang bermula pada 10.45 pagi telah dipengerusikan oleh guru besar yang baru iaitu En. Jamaluddin B Abd Hazis yang bertukar dari SK Mayam.

Pelbagai aspek pengurusan kurikulum, HEM serta ko-kurikulum telah disentuh pihak pentadbir. Guru besar pula telah menyampaikan amanat serta harapan beliau terhadap halatuju sekolah ini pada tahun ini. Beliau amat berharap kerjasama daripada guru-guru membantu beliau dalam usaha menaikkan prestasi serta imej sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts