

SK Bukit Mendi, 16 Mei 2012 - Hari ini merupakan hari yang cukup
bermakna bagi semua guru di Malaysia termasuklah guru-guru di sini.
Acara sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah bermula seawal jam 7.30
pagi dengan guru-guru berarak ke tapak perhimpunan sambil
pengawas-pengawas menaburi bunga-bungaan di sepanjang jalan mengiringi
guru-guru yang disayangi. Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil
pelajar, wakil pihak pentadbir dan juga YDP PIBG, En. Mat Nor Nayan.
Nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema hari guru tahun ini telah
dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para guru. Bola sepak (Guru
Perempuan) , bola jaring (Guru Lelaki) dan sambut belon air adalah
antara acara yang diadakan. Jam 11 pagi murid-murid dan guru semua
berkumpul di dewan bagi mendengar ucapan khas oleh Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran melalui TV. Pelbagai persembahan
oleh murid-murid dan guru-guru seterusnya mengisi slot di dewan. Majlis
tamat pada jam 1.00t/hari.
0 comments:
Post a Comment