Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Friday 8 August 2014
SK FELDA Bukit Mendi telah mengadakan Program Perjumpaan Ibu Bapa dan Murid Tahun 6 2014 pada hari Jumaat, 8 Ogos 2014 bertempat di Dewan Gemilang Sk FELDA Bukitb Mendi. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak ibubapa yang mana kehadiran mereka melebihi 80%. 
 
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibubapa murid dengan guru dan pada masa yang sama mengetahui dengan lebih lanjut tahap pencapaian serta kesediaan anak masing-masing untuk menghadapi UPSR pada bulan hadapan.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah iaitu En. Mat Nor b Nayan ini diisi dengan ucapan dari guru besar En. Zamani b Rahim, pelaporan pencapaian akademik murid oleh GPK 1 En. Abu Bakar Ibrahim serta sesi 'face to face' antara ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar setiap matapelajaran.

Majlis bersurai pada jam 11 pagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts