Program Terdekat

Facebook Like

Blog Guest Info

IP

Featured post

Sukan Tahunan SKBM 2013

Sukan Tahunan SKBM telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2013. Tahniah kepada Rumah Hijau kerana telah berjaya mempertahanka...

Pintu masuk ke SKBM Barisan Guru & Kakitangan SKBM 2017 Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Hari Guru 2017 - Kalau Aku Bukan Guru. Pemenang-pemenang pingat Kejohanan MSS Zon Mendi 2017. Acara Larian Merentas Desa SKBM 2017.
Wednesday 4 January 2012





Cikgu Zurina menguruskan yuran 6E
SK (F) Bukit Mendi hari (3.1.2012) ini mengadakan proses pendaftaran/bayaran yuran persekolah 2012 serta program orientasi murid-murid Tahun 1. Proses pendaftaran dan bayaran yuran bermula seawal 8.00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SKBM mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa yang ingin menyelesaikan urusan pembayaran yuran anak masing-masing dengan segera.
Para guru setia menanti ibubapa di kaunter.

Walaupun terpaksa beratur panjang untuk urusan pembayaran yuran PIBG, ibu bapa tetap sabar menunggu. Pihak SKBM...
memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan kaunter PIBG tambahan kerana tidak mahu ada pertindihan bayaran memandangkan satu keluarga hanya perlu membayar sekali sahaja yuran PIBG. Kaunter bayaran ditutup pada jam 10.30 pagi.

Ustazah Marina memberikan taklimat.

Sementara proses pembayaran yuran berlangsung, murid-murid serta ibubapa telah dibawa ke kelas tahun 1 bagi program orientasi. GPK HEM, Ustazah Marina telah memberikan taklimat kepada ibubapa yang hadir tentang alam persekolahan yang akan dilalui oleh anak-anak mereka nanti. Murid-murid tahun 1 yang lengkap berpakaian seragam telah dibawa ke kelas masing-masing dan melakukan beberapa aktiviti oleh guru-guru mereka bagi memastikan mereka tidak kekok untuk menjalani sesi persekolahan rasmi esok.


Gambar-gambar sekitar hari program.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Guru & Staf

Login Admin


Popular Posts